Assalamualaikum dan salam sejahtera
lama sungguh blogshop ni bersawang tanpa update.
Hingga berlapuk komen-komen yang ada kat page ni.
Apapun terimakasih atas sokongan mahupun setiap teguran para pembaca
sekalian.
ermmm... terpanggil utk saya menjelaskan bahawa
semua produk yang annurkaseh hasilkan adalah hasil
kreativiti dan idea annurkaseh sendiri.
mungkin ada antara pembuat / peniaga/pengusaha
mahupun pelanggan ingin meniru produk-produk saya,
Saya IZINKAN... bagi saya idea kita bole cari dari mana2
sahaja.pendek kata bole TIRU @CIMPLAK hasil kerja orang.
tapi hasil produk tersebut tak mungkin sama 100% ..
Kerana apa? Kerana saya percaya KREATIVITI setiap
individu berbeza. Nampak sama tapi tak serupa.lagi
pula ia adalah anugerah Allah dan milik Allah.bukan
milik saya.REZEKI pun dari Allah bukan saya yg
menentukan. Saya tak kisah dan merasa rugi pun..
yg penting JANGAN SESEKALI MENGAMBIL GAMBAR
PRODUK ORANG LAIN sebagai produk UTK MEMPROMOSI @
MENJUAL @MENGIKLAN perniagaan anda!
Usaha dgn diri sendiri utk mencipta produk anda.
jadi jgn marah-marah kalau keinginan anda
tak tercapai. Setiap kita punya sebab atas apa
yg kita buat. Saya juga bukan ahli IT yg serba
tahu tentang dunia blogger. Banyak kekurangan
dan ada ketikanya tak sempat pun nak mengadap
komputer.Banyak urusan yg lebih penting utk
didahulukan.jadi saya mohon maaf kpd semua
pembaca atau pelanggan yg merasa sukar @
tidak berpuashati dgn blogshop ini.
Jom hormat menghormati amalan kita!
waa'laikumussalam
0 comments:
Post a Comment